1. tetapkan niat untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan.
2.lupakan niat anda untuk mengambil sebarang obat-obatan dengan tujuan menurunkan berat badan.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. makanlah makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.
serta dengan mengurangi juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyak-banyaklah minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.
6. aturlah waktu makan anda setiap hari.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhi hari dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
10. pastikan mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Post by : Dwi Meity Rizka
Post by : Dwi Meity Rizka